jobs from my.neuvoo.com

10 Oktober, 2015

(Video) Kanak-kanak lima tahun yang diculik di Sungai Chua, ditemui lapan jam kemudian

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui semula lapan jam selepas dipercayai diculik oleh dua lelaki di Taman Setia, Sungai Chua, Kajang, pagi tadi.

Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat dan telah dihantar pulang oleh seorang pemandu teksi ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard mengesahkan perkara itu dan berkata kanak-kanak itu kini dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Kanak-kanak ini telah ditemui dan telah dihantar pulang oleh pemandu teksi di rumahnya pada 5.47 petang.
"Siasatan tetap diteruskan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam penculikan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Video berdurasi 20 saat daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar di laman sosial itu memaparkan kanak-kanak terbabit berada di sisi ibunya ketika ibunya sedang berbual dengan seorang lelaki.

Bagaimanapun, tiba-tiba seorang lelaki lain muncul dan bersama-sama dengan lelaki berkenaan melarikan kanak-kanak itu dengan sebuah kereta dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu.

Dalam rakaman itu juga turut memaparkan sejurus anaknya itu dilarikan dan dimasukkan ke dalam kenderaan itu, ibu mangsa telah meluru ke arah kereta terbabit, bagaimanapun telah terjatuh sebelum kereta itu memecut laju.
Kidnapped child found
Jumpa dah budak ni...alhamdulillah...
Posted by Pilihan Anda by Desperado on Friday, 9 October 2015


EmoticonEmoticon