jobs from my.neuvoo.com

23 November, 2015

Bapa halang hubungan lesbian ditikam anak di Jinjang

Sekadar gambar hiasan
Kuala Lumpur, 22 Nov - Seorang bapa nyaris maut apabila dia ditikan oleh anak perempuannya sendiri dalam satu kejadian di rumahnya di Taman Desa Bakti, Jinjang kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy, kejadian berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dan mengamuk apabila bapanya itu tidak merestui hubungannya dengan seorang gadis.

“Remaja berusia 18 tahun itu mula mengamuk dan menyerang bapanya, selepas hubungannya dengan seorang perempuan dihalang keluarga.

"Siasatan awal mendapati ketika pertelingkahan berlaku, suspek dikatakan mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan bertindak menikam bapanya sendiri dileher sebanyak 2 kali.

"Suspek berusia 18 tahun sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya memetik laporan Astro Awani.

Mangsa, 45, dibawa ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga yang lain sejurus selepas kejadian.


EmoticonEmoticon