jobs from my.neuvoo.com

24 November, 2015

Benjy Dibebaskan Daripada Tuduhan Miliki Syabu

PELAKON Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dibebaskan daripada tuduhan memiliki syabu oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Selain Benjy, rakannya Julia Ernie turut dibebaskan selepas didakwa memiliki syabu 1.71 gram (g) dan 3.01 g di sebuah bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi, 5 Mac lalu.

Pendakwaan anak kepada dramatis Allahyarham Azean Irdawaty itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne.

Memetik laporan Berita Harian, mahkamah mengarahkan Julia Ernie untuk membela diri atas satu lagi tuduhan memiliki 0.37 g syabu di tempat dan masa yang sama.

– MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon