jobs from my.neuvoo.com

08 November, 2015

Detik hitam guru taska diperkosa bergilir-gilir dua penyamun

Kuching: Dua lelaki yang memecah masuk sebuah taska di Taman Monah di sini, bukan saja menyamun pembantu taska berkenaan, malah merogol mangsa, jam 1 petang kelmarin.

Mangsa yang berusia 19 tahun dipaksa masuk ke sebuah bilik di taska berkenaan selepas menyerahkan beg duitnya sebelum dirogol bergilir-gilir.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang tinggal di taska berkenaan sedang tidur di sebuah bilik sebelum terkejut dengan kehadiran dua penjenayah terbabit yang bersenjatakan pisau.

Sumber berkata, mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong sebelum seorang daripada penjenayah mengarahkannya supaya tidak melawan.

“Mangsa dipaksa menyerahkan barangan kemas serta beg duit. Sejurus kemudian, mangsa dirogol bergilir-gilir oleh kedua-dua penjenayah sebelum mereka melarikan diri.


EmoticonEmoticon