jobs from my.neuvoo.com

12 November, 2015

Diugut Selepas Berbogel

Gambar hiasan
IPOH: Seorang jurujual berusia 28 tahun berada dalam keadaan trauma apabila video bogelnya disebarkan seorang wanita di laman sosial Facebook (FB) dan Youtube, apabila dia gagal memenuhi permintaan suspek yang memintanya supaya menyerahkan wang sebanyak RM4,000.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam 9 November lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ng, berkenalan dengan seorang wanita berusia 25 tahun menerusi laman sosial berkenaan.

Ng berkata, wanita terbabit memperkenalkan dirinya sebagai ‘Marumi Chia’ dan berasal dari Eropah sebelum mereka berkenalan dengan lebih rapat.

“Selepas perkenalan itu, wanita terbabit meminta pengesahan identiti Skype bagi melihat wajah saya yang sebenar menerusi kamera web.

“Selepas kami melihat wajah masing-masing, wanita terbabit terus membuka pakaiannya menyebabkan saya seolah-olah terpukau.

“Saya tidak menyedari apa yang berlaku selepas itu dan terus tertidur,” katanya ketika ditemui di Pusat Perkhidmatan dan Biro Pengaduan MCA Perak di sini, semalam.


- Harian Metro


EmoticonEmoticon