jobs from my.neuvoo.com

20 November, 2015

Haramkan Izzah ke Sabah!

KOTA KINABALU : Berikutan gambar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersama Jacel H. Kiram hari ini telah mengundang ketidakpuashatian ramai pihak termasuk Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Japiril Suhaimin yang menggesaa kerajaan Negeri Sabah mengharamkan kemasukan Izzah ke negeri di bawah Bayu itu.

“Kerajaan Sabah patut haramkan Nurul Izzah masuk Sabah kerana bertemu dan meminta sokongan Jacel Kiram yang menjadi jurucakap Sultan Kiram semasa pencerobohan Tanduo Lahad Datu,” katanya dalam akaun Facebook beliau, sebentar tadi, seperti yang dilaporkan sumber berita Bernama.

Tj Tasatra tidak terlepas meluahkan pandangannya yang menyifatkan tindakan anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah melukakan hati warga Sabah.

“Nurul Izzah dah lukakan hati rakyat Sabah yang terpaksa berdepan dengan askar Jamaluk Kiram dalam serangan Tanduo. Haramkan Izzah dari menjejakkan kaki ke Sabah,” tegasnya.
Manakala Mohd Norazman Injah pula berkata, sekiranya benar Izzah mempunyai hubungan dengan Jacel maka beliau menyeru kepada semua warga Sabah yang berada dibawah PKR untuk keluar dari parti itu.

“Jika Nurul Izzah berhubungan dengan puteri Kiram, semua wakil rakyat Sabah PKR harus keluar daripada menyokong PKR. Rakyat Sabah juga harus berfikir panjang sebelum mengundi mereka,” ujarnya.

Gambar tersebut ditemui di dalam akaun Facebook milik Jacel pada 9 November lalu.

Izzah dalam kenyataannya hari ini tidak menyangkal dakwaan beliau ada bertemu Jacel pada 9 November lalu sewaktu dia dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berada di Filipina.

Jelas Izzah, pertemuan itu merupakan sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.



-mD


EmoticonEmoticon