jobs from my.neuvoo.com

03 November, 2015

Ibu Bapa Pelajar Berang Sekolah Adakan Solat Hajat Tepi LPT2

NIAT murni guru dan sekumpulan pelajar sebuah sekolah agama mengadakan bacaan surah Yasin dan solat hajat di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menerima kritikan dan kecaman ibu bapa.

Ini berikutan, ramai menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘tidak bijak’ kerana boleh membahayakan nyawa para pelajar.

Memetik laporan mStar online, bapa kepada dua anak, Shah Julian Aman Shah mempersoalkan tindakan pihak sekolah membenarkan aktiviti seumpama itu dijalankan di kawasan berbahaya.

“Pihak berkuasa sekolah seharusnya mencari tempat yang lebih sesuai. Dan adakah pihak sekolah meminta kebenaran daripada ibu bapa?” soalnya.

Ibu kepada Marlinda Abd Rahman turut menyifatkan, niat murni tidak menghalalkan cara kerana ianya salah.

“Siapa benarkan mereka mengadakan solat di tempat seperti itu? Adakah mereka sebenarnya meminta kebenaran daripada ibu bapa atau polis ataupun pihak berkuasa lebuhraya?” komen Marlinda.

Ahad lalu, gambar sekumpulan pelajar dan guru sedang duduk beralaskan tikar di lorong kecemasan di LPT2 tersebar hingga menjadi viral di laman sosial Facebook. Sebuah bas turut dilihat diletakkan berhampiran lokasi mereka.

Menurut satu sumber, guru dan para pelajar terbabit sedang membaca ayat Al-Quran bagi mendoakan keselamatan pengguna lebuhraya itu yang sejak kebelakangan ini sering ditimpa musibah.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata, pihaknya akan menyiasat dan memanggil guru yang terlibat.

Sumber: mStar Online


EmoticonEmoticon