jobs from my.neuvoo.com

10 November, 2015

Janda terlampau antara ditahan

Hiasan semata-mata
Johor Baharu: Ibu tunggal antara 41 orang ditahan polis kerana terbabit dengan judi atas talian dalam dua serbuan di premis berasingan di Jalan Sri Bahagia 10, Taman Sri Bahagia, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner AC Kamarul Zaman Mamat berkata pada serbuan pertama jam 7 petang itu, semua 17 pemain sedang leka bermain judi tanpa menyedari kehadiran pihak polis.

"Mereka terdiri daripada 13 lelaki dan empat wanita termasuk seorang ibu tunggal. Seorang lelaki yang ditahan adalah penjaga tempat itu," katanya hari ini.

Di premis kedua pula, pihaknya menahan 24 lelaki termasuk seorang penjaga berusia 51 tahun, sedang asyik dengan aktiviti haram itu.

"Hasil kedua-dua serbuan, pihak kami merampas 62 komputer riba serta wang tunai sebanyak RM1,277 yang disyaki digunakan dalam pertaruhan

judi atas talian berkenaan," kata beliau.

Mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Bernama

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92021#sthash.jepqb6Li.dpuf


EmoticonEmoticon