jobs from my.neuvoo.com

08 November, 2015

Kelucahan melampau bapa dua anak bawa padah

Noor Azizi (kiri) didakwa atas tuduhan menunjukkan kemaluannya kepada pelajar perempuan.
Shah Alam: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, petang tadi atas tuduhan menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar perempuan 3 November lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Noor Azizi Rahmat, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau itu dengan menunjukkan kemaluan kepada remaja perempuan berusia 16 tahun di tepi jalan Platinum 7/45, Seksyen 7, di sini kira-kira jam 12.45 tengah hari Selasa lalu.

Tertuduh yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.

Norshakinah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin warga tempatan dan mengarahkan tertuduh melapor diri di balai polis setiap bulan serta tidak dibenarkan mendekati serta mengganggu mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorjidah Mohd Jusan dan mahkamah menetapkan 8 Disember ini untuk sebutan semula kes.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91249#sthash.a8Zayndh.dpuf


EmoticonEmoticon