jobs from my.neuvoo.com

01 November, 2015

Kerajaan ajar rakyat tidak hormati fatwa

BANGI, Jumaat – Keputusan kabinet yang memutuskan vape atau rokok elektronik tidak haram dalam kalangan pengguna dan penjual jelas menunjukkan kerajaan tidak hormat dengan fatwa.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman berkata walaupun fatwa telah mengharamkan rokok dan vape, namun bilangan penggunanya semakin bertambah termasuk dalam kalangan remaja dan golongan wanita.

“Sekurangnya-kurangnya diharamkan ke atas umat Islam.
“Kerajaan sendiri yang mengajar rakyat tidak menghormati fatwa,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook.

Beliau turut menyifatkan kerajaan yang membiarkan rakyat merosakkan diri sendiri dengan rokok dan vape merupakan ‘dayus’.

“Seperti bapa yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Katanya lagi, lebih setengah abad negara menikmati kemerdekaan dan rakyat patut sudah bebas daripada unsur-unsur yang merosakkan.

“Sepatutnya fatwa sudah didaulatkan dan rakyat bahagia dengan cara hidup Islam.

“Inilah yang berlaku apabila neraca pertimbangan yang digunakan ialah kebendaan; hasil cukai dan kepentingan pelabur syarikat multinasional Yahudi,” katanya.


EmoticonEmoticon