jobs from my.neuvoo.com

17 November, 2015

Kerani sekolah dirogol dan dibunuh depan anak kecil

Kejam, itulah satu kata yang boleh digambarkan apabila seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Bukit Pasir, Muar yang mempunyai anak kecil berumur 11 bulan ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Sungai Terap, dekat sini, malam tadi.

Memetik laporan Berita Harian, mangsa yang berumur 29 tahun telah ditemui oleh sepasukan polis selepas menerima aduan jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu selepas mangsa dikatakan tidak keluar rumah kira-kira jam 7 malam.

Pasukan yang tiba ditempat kejadian mendapati enjin kereta mangsa tidak dimatikan manakala pintu kereta di bahagian depan pemandu terbuka.

Apabila pihak polis memasuki kawasan rumah, mereka telah menemui mayat mangsa terbaring dalam keadaan separuh bogel berhadapan pintu masuk utama.

Selepas pemeriksaan dilakukan, mangsa dipercayai meninggal akibat kesan jerut dileher dan hasil siasatan awal juga mendapati barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam pesanan mesej ringkas berkata, mangsa dipercayai dirogol dan dibunuh.


EmoticonEmoticon