jobs from my.neuvoo.com

10 November, 2015

Kurang ajar, rupanya intai gadis sambil melancap!

Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki yang dirakam mengintai seorang gadis sambil melakukan onani di belakang sebuah rumah di Pandan Indah, Sabtu lalu, ditahan polis malam tadi.

Perbuatan tidak senonoh pelajar kolej berusia 19 tahun yang dirakam dalam keadaan berbogel oleh kamera litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan kemudian dimuat naik ke laman sosial serta menjadi 'viral'.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata hasil siasatan, remaja yang juga jiran gadis berkenaan berjaya ditahan kira-kira jam 10.30 malam.

"Ketika soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu," katanya di sini, hari ini.

Khairuldin berkata suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu perbuatan melakukan kelucahan melampau.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, suspek dilihat mengintai gadis berkenaan melalui tingkap belakang rumah mangsa. - Bernama


EmoticonEmoticon