jobs from my.neuvoo.com

17 November, 2015

Pengantin baharu di Indonesia didakwa makan kemaluan perogol

Pasangan pengantin baharu yang kini dalam tahanan polis sementara kes mereka masih dalam siasatan. - Foto AFP
LAMPUNG: Sepasang pengantin baharu di Sumatera, Indonesia telah ditangkap atas dakwaan mereka telah memakan kemaluan yang dipotong daripada seorang lelaki yang menurut mereka telah merogol wanita berkenaan.

Suami wanita itu dikatakan telah membunuh lelaki berkenaan sebelum memotong zakarnya, ujar pihak polis pada Selasa.

Mayat mangsa telah ditemui dalam sebuah van yang rentung pada Oktober lalu di daerah Tulangbawang di wilayah Lampung.

Kejadian yang dipercayai bermula apabila wanita berkenaan mengaku dirinya telah diperkosa seminggu sebelum perkahwinan mereka.

Suami yang dilaporkan membalas dendam itu, Rudi Efendi, 30, telah mengaku membunuh lelaki berkenaan selepas mengetahui isterinya tidak berstatus dara pada malam perkahwinan mereka pada September.

Dia bagaimanapun berkata pembunuhan itu dilakukannya sendirian.

“Saya sangat marah,” kata Rudi kepada wartawan selepas penahanannya bulan lalu.

Menurutnya, keputusan untuk memakan zakar perogol itu adalah untuk ‘mengubat rasa sakit hati’.

Pihak polis memberitahu, selepas perogol itu dibunuh, Rudi membawa pulang kemaluan mangsa yang telah dipotong itu lalu menyuruh isterinya memasak seterusnya dimakan bersama.

Perogol yang menjadi mangsa itu sebelum itu bekerja sebagai pemandu dan pernah menjadi teman lelaki isteri Rudi.
Seorang jurucakap polis Sulistyaningsih berkata, kes tersebut masih disiasat namun pihak polis amat yakin bahawa ia adalah pembunuhan terancang.

Dalam kes berkenaan, si suami didakwa melakukan pembunuhan manakala isterinya dianggap telah bersubahat.

Mengikut laporan, Rudi telah mengarahkan isterinya menghubungi mangsa untuk sebuah janji temu. Apabila mangsa itu tiba di tempat yang dijanjikan, Rudi telah sedia menunggu dan terus menikamnya hingga mati seterusnya memotong kemaluan mangsa serta membakar van.


EmoticonEmoticon