jobs from my.neuvoo.com

16 November, 2015

Siapa dia hendak halau saya keluar Pas?

KOTA BHARU - Ketika kedudukannya dalam Pas menjadi tanda tanya ekoran kelantangannya mengkritik parti sendiri, Datuk Husam Musa malam tadi menegaskan beliau akan kekal bersama parti itu meskipun ada yang mahu 'menghalaunya'.

"Tiba-tiba Dewan Ulama Pas Pusat suruh saya turun (keluar) dari kapal ini (Pas), walaupun beliau Ketua Dewan Ulama dia sama taraf sahaja dengan saya.

"Dia ( Ketua Dewan Ulama) tiada hak nak halau saya, apa salah saya. Bagi bukti yang sahih itu baru cara ulama berfikir," katanya.

Husam berkata demikian ketika menjawab soalan daripada hadirin yang hadir dalam Dialog Demo Tanyo Ambo Jawab, di sini, malam tadi.

Dialog dikendalikan oleh moderator yang juga Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.

Program yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaqi Atiqullah itu dihadiri kira-kira lebih 1,000 hadirin.

Terdahulu, Dewan Ulama Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan supaya Husam meninggalkan parti berkenaan.

Ia berikutan kelantangan Husam mengkritik parti termasuk kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan beliau seolah-olah tiada hati lagi dengan parti itu.

Mengulas lanjut, Husam berkata, beliau juga tidak takut kepada bai'ah atau takut dipecat parti tetapi kelantangannya mengkritik untuk memperbetulkan Pas.

"Ada yang sesedap hati kata saya takut pada bai'ah dan tunggu masa nak bersama rakan-rakan lain dalam Amanah," katanya.


EmoticonEmoticon