jobs from my.neuvoo.com

06 November, 2015

Suami Simpan 21 Kelentit Faraj Isteri Dalam Peti Sejuk

JOHANNESBURG – Peter Frederiksen yang ditangkap polis Afrika Selatan kerana didapati menyimpan sejumlah 21 ulas vagina atau kelentit faraj milik isterinya itu mula didakwa di sebuah mahkamah pada Khamis.

Tertuduh berusia 63 tahun itu dicekup pihak polis pada September lalu selepas menerima laporan lelaki warga Denmark tersebut ‘menyimpan’ benda berkenaan dalam peti sejuk di sebuah rumahnya di Bloemfontein dekat sini.

Ketika dibicarakan, Frederiksen menyifatkan dakwaan dikenakan ke atas dirinya sebagai langsung tidak berasas malah menyalahkan isterinya, Ana Matseliso Molise, 28 tahun; kerana suka ‘bergaul’ dengan dukun tempatan.

“Isteri saya yang sering menggunakan barang-barang itu (kelentit faraj) untuk tujuan tertentu dan bukan pula saya,” kata beliau yang juga peniaga sebuah kedai senjata ketika ditemui media Denmark sebelum perbicaraan.
Sementara itu, wanita berkenaan mendakwa, suaminya pernah menyeret dirinya dan kemudian bertindak kejam dengan memotong sedikit lurah vaginanya ketika mangsa pada waktu tersebut berada dalam keadaan lumpuh.

Lelaki berkenaan didakwa memaksanya menelan dadah sebelum sekelumit farajnya dihiris, namun tuduhan itu dibantah keras Frederiksen dan menegaskan bahawa kesemua 21 ulas kelentit tersebut dipotong isterinya sendiri.

Ia dijual wanita itu kepada sebuah kedai tubuh di Lesotho; negara kecil jiran Afrika Selatan, bahkan tertuduh yang mengaku tidak pernah mengkhatankan orang mendakwa sering meminta isterinya segera membuang benda itu.

Media tempatan melaporkan, pihak polis turut menemui banyak foto menunjukkan bukti pemotongan genital atau kemaluan wanita di rumah tertuduh, malah lelaki itu mengaku ia dirakam di Lesotho, bukan di Afrika Selatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



EmoticonEmoticon