jobs from my.neuvoo.com

22 November, 2015

Sudahlah dicabul, kehormatan juga cuba diaibkan rakan sekerja

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan dan satu pertuduhan mengaibkan rakan sekerjanya, Jun lalu.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Mohd. Azizulakim Dzulkifli, 31, didakwa melakukan perbuatan dengan maksud hendak mencabul kehormatan wanita yang berusia 18 tahun itu yang juga pengawal keselamatan di tempat sama.

Dia didakwa melakukan ketiga-tiga perbuatan itu di beberapa kawasan di Blok A dan Blok B sebuah kondominium di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, di sini antara pukul 3 petang, 6 Jun dan 9.30 malam, 3 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi mengemukakan ketiga-tiga pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mohd. Azizulakim turut didakwa menyebut perkataan dengan niat untuk mengaibkan kehormatan mangsa yang sama di kaki lima aras 19, Blok A kondominium itu pada pukul 3 petang, 16 Jun lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan mencadangkan ikat jamin RM6,000 bagi setiap pertuduhan namun tiada penjamin hadir untuk menjamin tertuduh.

Majistret Muhamad Faizal Ismail kemudian menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/pengawal-didakwa-cabul-aibkan-rakan-sekerja-1.160653#sthash.c534PJwe.dpuf


EmoticonEmoticon