jobs from my.neuvoo.com

25 November, 2015

Tak mengaku tunjuk kemaluan

Kota Bharu: Seorang pemilik butik pengantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita, minggu lalu.

Tertuduh, Nik Muhammad Faiz Nik Ab Razak, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohamad Nasarudin Mohamed selepas kertas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluan kepada mangsa, Rosilawati Mat Nasir, 28, di tempat awam di Jalan Pintu Pong, di sini, pada 8.40 pagi, 18 November 2015.

Bagi kesalahan itu, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa raya Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana bimbang tertuduh mengganggu mangsa.


EmoticonEmoticon