jobs from my.neuvoo.com

24 November, 2015

Turki tembak jatuh jet pejuang ceroboh ruang udara

ANKARA: Jet pejuang Turki menembak jatuh sebuah pesawat pejuang asing berdekatan sempadan Syria selepas ia menceroboh ruang angkasa negara itu.

Pegawai tentera Turki berkata setakat ini setakat ini adalah tidak jelas milik negara mana pesawat terbabit.

Sebelum itu, pesawat tempur F16 Turki memberi amaran kepada pesawat yang menceroboh ruang angkasa sebelum menembaknya jatuh.

Gambar yang disiarkan stesen penyiaran swasta, Haberturk TV menunjukkan bagaimana pesawat terbabit terbakar dan menjunam ke kawasan belukar dengan asap yang tebal.

Pesawat berkenaan jatuh di kawasan yang dikenali penduduk Turki sebagai "Turkmen Mountain" di utara Syria berdekatan sempadan Turkish.

Gambar yang berlainan dari Agensi Berita Anadolu Turki menunjukkan dua juruterbang pesawat berjaya keluar dari pesawat dan menggunakan payung terjun sebelum terhempas.

Russia sedang meningkatkan serangan udaranya ke atas Syria bagi mempertahankan pentadbiran Presiden Bashar al-Assad.

Setakat ini, Kementerian Pertahanan Russia tidak dapat dihubungi berhubung kejadian berkenaan. - AFP


EmoticonEmoticon