jobs from my.neuvoo.com

02 November, 2015

(Video) Aksi 'panas' sepasang pelajar dalam perkarangan sekolah cetus kontroversi

KUALA LUMPUR: Sebuah rakaman video ala-ala ‘Putera Raja melamar kekasihnya’ di hadapan khalayak ramai mula tersebar di laman sosial Facebook, hari ini.

Lebih mencuri tumpuan, aksi tersebut dilakukan oleh dua pelajar sekolah yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah, bagaimanapun lokasi sebenar kejadian belum dapat dipastikan.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook komuniti India, 1TAMILANZ SANGAM satu jam lalu, ia memaparkan aksi ‘romantik’ pasangan kekasih yang lengkap berpakaian sekolah berpelukan sambil disaksikan oleh pelajar lain yang turut bersorak.

Berdasarkan visual berdurasi 16 saat itu, pelajar lelaki terbabit dikatakan melamar teman wanitanya di kawasan sekolah tersebut, sebelum kekasihnya berlari menerpa kearah lelaki tersebut dan memeluknya.

Kelihatan lelaki terbabit seolah memegang kotak yang dipercayai sebagai hadiah untuk melamar gadis terbabit.

Aksi kedua pelajar itu berakhir dengan adegan bercumbu.

Ternyata, adegan romantik kedua pelajar terbabit mengundang kritikan daripada pengguna media sosial.

Sehingga kini video tersebut ditonton lebih 10, 000 orang.


PADDIKURE VAYUSULLE PADDIKADA...ENDDA MANATHAI VANKKURENGGE?In school love proposed...
Posted by 1TAMILANZ SANGAM on Sunday, 1 November 2015


EmoticonEmoticon