jobs from my.neuvoo.com

10 Disember, 2015

Aksi terlampau isteri hamil selepas tahu kecurangan suami

Sekadar hiasan
CEILANDIA - BRAZIL. Seorang wanita dirakam mengamuk dan melepaskan marah ke atas sebuah kereta dipercayai milik suaminya yang didakwa berlaku curang, Sabtu lepas.

Menurut laporan Dailymail, wanita tersebut yang juga sedang mengandung mendakwa ternampak suaminya dengan seorang wanita yang disyaki wanita simpanannya di sebuah restoran.

Wanita tersebut kemudian mula 'membelasah' kereta milik suaminya yang diparkir di luar restoran tersebut.
Sedutan rakaman video yang menunjukkan seorang wanita mengandung 'membelasah' kereta milik suaminya.
Video rakaman amatur menunjukkan cermin kereta yang sudah dipecahkan dan keadaan wanita tersebut yang sedang menendang bumbung kereta.

Tak cukup dengan itu, beliau mengambil beberapa batu dan membaling ke arah kereta suaminya.

Orang ramai yang melihat kejadian tersebut menasihatkan wanita tersebut supaya berhenti, namun tidak diendahkan.

Difahamkan, kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada polis dan tiada siasatan yang akan dijalankan.


EmoticonEmoticon