jobs from my.neuvoo.com

18 Disember, 2015

Chegubard Kini 'Macai' UMNO, Kata Azmin Ali

SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan Badrul Hisyam Shaharin atau Che’Gu Bard sebagai pencacai UMNO kerana mendakwa projek di kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak mececah RM45 juta diserahkan kepada syarikat tanpa proses tender yang betul.

“Jadi pencacai UMNO, itulah sebab dia,” katanya Menteri Besar Selangor itu di Shah Alam, Khamis ketika diminta mengulas pendedahan ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),

“Ada ke nak percaya dengan orang macam tu? bukti dia ada? Saya dah sebut banyak kali cakap, yang ulang banyak kali tu kenapa?

“Semua proses perolehan di negeri Selangor ini, sejak 2008 kita buat secara tender terbuka,” katanya sambil mengingatkan CikGu Bard jangan membuat fitnah.

Badrul Hisyam semalam mendedahkan persoalan tersebut dengan menyatakan projek di kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak mececah RM45 juta milik kerajaan Selangor itu diserahkan kepada syarikat tanpa melalui proses tender yang betul.

Projek tersebut melibatkan talian kawasan Sungai Terentang, Rawang dan Mahkota Cheras.

“Menteri Besar tak pernah terlibat dalam proses tersebut, saya sendiri tidak duduk dalam jawatankuasa tersebut, pembalakan diuruskan oleh jabatan perhutanan negeri,” jelas Azmin lagi.

-bnbbc.my


EmoticonEmoticon