jobs from my.neuvoo.com

14 Disember, 2015

Cubaan Sarawak Report 'Tembak' Rosmah Tertembak Diri Sendiri

KUALA LUMPUR: Fitnah portal pembangkang Sarawak Report terhadap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kini memakan dirinya sendiri.

Portal tersebut cuba untuk mencetuskan provokasi dengan memuatnaik gambar Rosmah mempengerusikan sebuah majlis yang disertai Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Shabery Cheek dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Puad Zarkashi pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dengan kapsyen:

"Rosmah buat apa mempengerusikan mesyuarat dengan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Shabery Cheek dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pada Perhimpinan Agung UMNO?

"Baru minggu ini saya mendapat laporan bahawa JASA mengedarkan lampiran pada Perhimpunan Agung UMNO mendakwa perhimpunan aman Bersih sebagai ganas tetapi berterima kasih kepada peserta himpunan baju merah."

Namun, perkara sebenarnya adalah, majlis yang dihadiri Rosmah serta Shebery dan Fuad adalah majlis ramah mesra isteri Perdana Menteri itu bersama pelajar ketua kelab UMNO Luar Negara seluruh United Kingdom.

-mD


EmoticonEmoticon