jobs from my.neuvoo.com

15 Disember, 2015

Dicerai suami selepas aksi hisap tersebar dalam video

Sekadar foto hiasan
Seorang lelaki di Kuwait dilaporkan menceraikan isterinya selepas melihat rakaman aksi wanita itu menghisap shisha di dalam sebuah video.

Rakaman video yang dikirim wanita berkenaan kepada seorang rakannya melalui aplikasi Snapchat bagaimanapun secara tidak sengaja turut menghantar video berkenaan kepada suaminya.

Akibat marah dengan perilaku isterinya yang merokok di luar pengetahuannya, lelaki berkenaan terus bertindak menceraikan isterinya seperti yang dilaporkan Emirates.

Berbeza dengan di negara kita, ramai anak-anak dara dan juga wanita kini ber"vape".. Dan tak kurang juga ramai yang merokok secara terbuka di kawasan awam..

Sanggupkah lelaki-lelaki di Malaysia putuskan hubungan dengan teman wanita atau menceraikan isteri-isteri mereka seperti lelaki di Kuwait tersebut?

Mungkin itu mustahil berlaku kerana lelaki di negara ini khususnya lelaki Melayu sangat baik hati serta penuh dengan kasih sayang terhadap pasangan masing-masing.

Lagipun lelaki melayu terkenal dengan perangai sopan berbanding dengan lelaki arab yang diketahui bersikap kasar terutamanya kepada wanita. Betul tak wahai lelaki melayu sekalian?? Hahaha...

Sumber: John Nenen/Utaranews.com


EmoticonEmoticon