jobs from my.neuvoo.com

06 Disember, 2015

'Kami pecat dia bukan sebab tutup aurat, tapi...'

HOSPITAL swasta yang dikatakan memecat seorang jururawat wanita gara-gara menutup aurat, akhirnya tampil pada Sabtu memperjelaskan dakwaan tersebut.

BACA: Jururawat Hospital Swasta Ditegah Tutup Aurat

Menurut Pengurus Kewangan dan Pentadbiran Hospital Damai Service, Regina Sundram, jururawat tersebut ditamatkan perkhidmatan adalah disebabkan tidak hadir bekerja selama dua hari tanpa sebab.

“Dia tidak hadir selama dua hari tanpa sebab dan tidak melaporkannya kepada pihak pengurusan bahawa dia tidak hadir.

“Kami anggap dia secara tidak langsung telah berhenti kerja. Dia diberhentikan bukan kerana pakai pakaian lengan panjang.

“Mengikut akta buruh, sekiranya pekerja tidak hadir bekerja lebih dari dua hari bekerja, boleh dikira telah berhenti,” katanya kepada portal propembangkang, Malaysiakini.

Pada Jumaat, seorang jururawat Naziah Sauni Samat, 24, ditemani Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan telah mengadakan sidang media mendakwa dibuang kerja kerana menutup aurat.

Naziah memberitahu, dia tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang dan stoking tangan berwarna kulit ketika menjalankan tugas.

Sementara itu, Regina mengakui pihaknya tidak membenarkan jururawatnya mengenakan pakaian seragam berlengan panjang, namun jururawat Muslim masih lagi boleh memakai tudung.

“Kami tidak melanggar akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, malah peraturan pemakaian seragam berlengan pendek dibuat untuk mengelak jangkitan kuman pada pesakit dan memudahkan kerja,” katanya.

Tambahnya, pihak pengurusan hospital juga telah memberi ruang bagi Naziah berfikir sama ada untuk meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri namun Naziah tetap datang bekerja dengan memakai stoking lengan dan ianya telah melanggar peraturan pemakaian hospital. – MYNEWSHUB.CC

6 comments

Tak hadir bekerja sebab tidak dibenarkan menutup aurat la tu..

Bagi umat islam, menjaga iman melebehi dari menjaga yang lain2 termasuk mencari rezeki.
Persoalannya dalam isu2 lain orang memperkatakan hak kebebasan individu tapi bila kena pada umat islam, mengapa isu hak kebebasan tak diambil kita

Kita kena ingat dengan siapa kita bekerja.... Jangan sampai maruah agama digadai atas nama rezeki...Dan tak perlu salahkan sesiapa bila peraturan tidak sesuai dengan kehendak jiwa dan agama.....Tak perlu meroyan satu negara...

Byk lg kerje lainlah,bukan manusia yg bg rezeki


EmoticonEmoticon