jobs from my.neuvoo.com

31 Disember, 2015

Kantoi persetubuhan luar norma malam Krismas

DUNIA yang kita diami hari ini dipenuhi pelbagai peristiwa dan kejadian pelik. Semakin hari, makin banyak kita dengar cerita-cerita yang adakala membuatkan kita berfikir, apakah ianya benar atau rekaan semata-mata?

Terbaharu, seorang lelaki Darryl Gene Scoggin, 53, di Chisholm Road, Oklahoma, Amerika Syarikat ditahan kerana tindakan kejinya bersetubuh dengan seekor kambing pada malam Krismas lalu.

Di lokasi inilah perbuatan sumbang tersebut dilaporkan berlaku.

Menurut Jabatan Polis Bandar Oklahoma, Scoggin ditahan setelah menerima laporan saksi yang turut berada di lokasi kejadian.

Penangkapan dilakukan pada malam sama Scoggin memuaskan nafsunya dengan kambing tersebut.

Saksi kejadian ‘ngeri’ tersebut berkata, dia ternampak suspek memegang bahagian belakang kambing tersebut dengan seluar yang dipakainya ketika itu terlondeh di buku lali.

Dia yang berang dengan kejadian tersebut menyergah dan bertindak menangkap Scoggin yang cuba melarikan diri sebelum menelefon pihak polis.

Difahamkan kes masih disiasat oleh pihak berkuasa sana namun sekiranya ia benar-benar terjadi, diharapkan hukuman yang setimpal akan diterima pelaku perbuatan hina ini. – MYNEWSHUBCC

Sumber: Mirror UK


EmoticonEmoticon