jobs from my.neuvoo.com

03 Disember, 2015

Kisah Benar: Datuk Skandal Dengan Rakan Baik, Datin Tak Kisah tapi...

Bercakap fasal kawan-kawan, seorang kenalan Datin X ini yang namanya Ruziah khabarnya sedang merana kerana suaminya ada prempuan lain. Apa nak heran, selalu jadi. Namun ceritanya lebih pedas bila individu yang mengorat suaminya adalah sahabat karibnya sendiri, seorang ibu tunggal yang sudah bertahun kenal, tempatnya mengadu 1001 masalah. Bila dia berperang dengan suami di rumah, kediaman kawan inilah tempat dia ‘sorok’ anak-anaknya. Segalanya terbongkar setelah Ruziah mula rasa tak sedap hati bila suami tiba-tiba terlebih rajin menghabiskan masa di padang golf.

Ditanya rakan niaga suaminya yang juga kaki golf, dia tidak tahu menahu. Ruziah tergerak hati mahu periksa mesej dan gambar dalam telefon pintar suaminya. Penuh dengan gambar mesra suami dengan kawan baiknya sendiri. Mesej juga lain macam saja bunyinya. Mula-mula suaminya tak mengaku. Bila ditelefon kawannya itu, tidak berangkat dan mesej tak berjawab, maka memang sah lah mereka ada affair. Alasan suami, sebab Ruziah terlalu sibuk tidak putus-putus entertain kawan-kawannya saban minggu dari tengahari sampai ke lewat malam. Ruziah punyalah geram, habis bingkai-bingkai gambar dalam rumahnya dipecahkan dengan kayu golf milik suaminya.

Ruziah ni orangnya agak kasar. Bila saja dapat tahu suami main kayu tiga, dia menangis sehari dua. Lepas itu, dia jadi bersemangat semacam. Ruziah terus beri layanan dingin kepada suaminya, konon merajuk. Masak tak nak, apa pun tak nak. Ruziah lebih berkobar-kobar nak kenakan balik kawannya itu tadi. Dia telefon semua kawan rapatnya untuk sebarkan ceritanya. Kemudian dia suruh mereka boikot perempuan itu. Sejak itu, setiap perjumpaan atau majlis-majlis sosial, kawan tadi tak akan dijemput. Hampir setengah tahun berlalu, kawan itu sekarang dah jadi kera sumbang. Siapa pun tak nak dekat. Tak cukup dengan itu, Ruziah turut serang salah seorang ahli keluarga kawan tadi. Paling hebat, Ruziah sanggup tunggu di luar pagar sekolah anak kawan itu untuk beritahu yang ibunya perempuan jahat, menggatal dengan suami orang. Menangis budak itu berlari pulang.

Ruziah puas hati bila berjaya mengharukan hidup wanita yang mencuri hati suaminya. Tapi dalam pada itu juga, Ruziah kecewa. Kawannya itu mungkin jadi kera sumbang sebab dah hilang ramai kawan, namun nampaknya dia semakin selesa berkepit dengan suami Ruziah. Ya lah, suaminya di rumah pun sepertikan tidak wujud. Ruziah tersepit sendiri, dendam dan egonya memakan diri. Ada yang menasihat supaya dia suami isteri cuba cari jalan penyelesaian dan berdamai. Tapi Ruziah tak mahu lagi tunduk pada suami. Katanya, dia tak kisah duduk serumah dan tak bertegur sapa.

Tambah Ruziah lagi, dia lebih suka lihat bekas sahabat baiknya itu tidak berkawan. Ruziah yang sememangnya dikenali sebagai antara yang paling rajin buat entertaining di rumah, tidak mahu kedudukan sosialnya tergugat. Dia suka bila orang puji dia pandai hias rumah, bila dia masak sedap. Ruziah tak akan biarkan hanya kerana seorang kawan, imejnya di mata orang luntur. Hmm… ini macam pun ada. Tidakkah lebih baik dahulukan suami dan cuba perbaiki balik hubungan jika mampu? Mungkin inilah harganya bila lebih mementingkan kehidupan sosial dan kawan-kawan.

Sumber: Glam.my


EmoticonEmoticon