jobs from my.neuvoo.com

17 Disember, 2015

Lelaki 'alim' kantoi maksiat dalam masjid

OMAR Bakhtiar (dua dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas.
Bagan Serai: Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang berpura-pura alim, namun sebenarnya aktif menjalankan kegiatan mencuri barangan jemaah wanita ketika bersolat membabitkan dua masjid berasingan di sekitar daerah Kerian, di sini Ahad lalu.

Suspek berusia 28 tahun dan dikenali sebagai ‘Lutung’ itu mempunyai empat rekod jenayah lampau serta berjaya ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Jalan Baru, Alor Pongsu, dekat sini, jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bahktiar Yaacob berkata, satu pasukan khas ditubuhkan selepas berlaku dua kejadian curi di dua masjid iaitu pada 3 Oktober di Masjid Tebuk Panchor dan 8 Disember di Masjid Tinggi, di sini.

Menurutnya, dua wanita terbabit membuat laporan polis berikutan beg tangan mereka dilarikan pencuri sewaktu menunaikan solat di masjid itu dan susulan itu, satu pasukan khas ditubuhkan untuk mengesan suspek.

“Hasil maklumat awam pada 13 Disember lalu, sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Bagan Serai, Inspektor Azhazarul Khairi Ab Hamid, menyerbu sebuah rumah yang beralamat di Jalan Baru, Alor Pongsu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/100409#sthash.7sWHSJQE.dpuf


EmoticonEmoticon