jobs from my.neuvoo.com

05 Disember, 2015

Mangsa yg dimalukan Fazura isu 'kimK' akhirnya tampil buka mulut

MANGSA yang dimalukan oleh aktres Fazura berhubung isu ‘KimK’, akhirnya membuka mulut memberitahu dia tidak pernah berniat untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon itu.

Jelas wanita yang dikenali sebagai Vii Narza menerusi Instagramnya itu, dia sudah lama meminati Fazura sebagai artis kesayangannya dan tiada sebab untuk menberi komen mencarut.
Vii Narza

“Secara jujurnya KimK yang saya maksudkan adalah Kim Kardashian bukan seperti Fazura faham.

“Saya adalah orang biasa yang meminat dia (Fazura), kenapa saya nak komen buruk pasal gambar tersebut yang dia muat naik,” katanya kepada mStar Online.

Pada masa yang sama, Vii Narza mengakui terkejut apabila komennya itu menimbulkan amarah Fazura.

Pada Rabu lalu, nama Fazura hangat diperkatakan selepas bertindak memalukan Vii Narza di laman Instagram gara-gara komen yang ditinggalkan peminatnya itu telah disalah tafsir


Vii Narza yang memberi komen “Macam kimK yang depan tu” terhadap sekeping gambar Fazura bersama dua orang rakannya itu ditafsir sebagai bahasa kesat dan mencarut oleh Fazura.

Walhal, perkatan KimK yang dimaksudkan Vii Narza adalah merujuk kepada artis antarabangsa, Kim Kardashian.

Sementara itu, rata-rata peminat dilihat mengkritik pelakon ini yang disifatkan angkuh dan sombong kerana enggan memohon maaf berhubung isu ini.


EmoticonEmoticon