jobs from my.neuvoo.com

15 Disember, 2015

MAS terima amaran pertama

‎SHAH ALAM - Syarikat penerbangan MAS menerima amaran pertama kerana kegagalan memastikan penumpang membabitkan perjalanan dari Myanmar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak menjalani pemeriksaan Jabatan Imigresen baru-baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, amaran berkenaan sebagai peringatan kepada syarikat penerbangan supaya mematuhi peraturan Imigresen.

"Saya difahamkan pesawat MH741 yang membawa 135 penumpang terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kerana masalah cuaca buruk tetapi hanya 32 penumpang termasuk lima kru diperiksa Imigresen.


"Selebihnya 103 orang ditukarkan menaiki pesawat lain tanpa menjalani sebarang pemeriksaan Imigresen tiba di KLIA sebagai penumpang domestik.

"Saya memberi amaran kepada semua syarikat penerbangan yang membawa penumpang antarabangsa supaya mematuhi undang-undang negara kerana ini juga membabitkan isu keselamatan,"katanya yang dipetik sebuah portal berita.


EmoticonEmoticon