jobs from my.neuvoo.com

02 Disember, 2015

PAS dedah rancangan jahat Hishamudin Rais kepung Parlimen ketika BERSIH 4

KUALA LUMPUR – PAS mendedahkan tentang rancangan aktivis Pakatan Harapan, Hishamuddin Md. Rais membawa penyokong pembangkang mengepung bangunan Parlimen sewaktu perhimpunan haram BERSIH 4 diadakan di ibu negara pada Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, maklumat yang diterima PAS itu antara sebab parti berkenaan membuat keputusan tidak menyertai perhimpunan tersebut.

“Seingat saya malah ketika siri BERSIH (kecuali BERSIH 4), PAS yang berperanan penting memastikan perhimpunan tidak menjadi ganas. Unit amal PAS yang menyekat tindakan kumpulan yang mahu bawa aliran merusuh.

“Ketika Ahli-ahli Parlimen pembangkang berkumpul duduk bersila `di parking’ Parlimen berbincang nak turunkan Najib (Perdana Menteri), Hishamudin dikatakan mencadangkan buat perhimpunan untuk kepung Parlimen. Semua kenal Hishamuddin bawa aliran radikal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Ahmad Amzad, Presiden Pati Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak sepatutnya menuduh PAS parti beraliran ganas tuduhan sedangkan aktivis Pakatan Harapan yang juga rakan baik beliau, Hishamuddin beraliran radikal.

“Tak semena-mena satu ketika kita terlibat dengan sikap berlembut dengan tokoh komunis Chin Peng yang ada pihak desak dibenarkan kembali ke Malaysia, tambah lagi bila Mat Sabu pula mulakan kontroversi Mat Indera.

“Untuk seorang yang diketahui kagum dengan revolusi ala Iran, malah sampai kini ada saja lawatannya ke sana berbanding mengunjungi tokoh tokoh ulama sunni, Mat Sabu sendiri kaki membakar perasaan rakyat ke jalan raya,” katanya.

Ahmad Amzad turut mengingatkan semua ahli PAS tentang perbuatan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengadakan upacara kematian dan memijak-mijak gambar Presiden PAS dan Perdana Menteri dalam perhimpunan BERSIH 4.

Kata beliau, Abdul Hadi tidak bersikap radikal ke atas perbuatan itu sebaliknya meminta semua ahli PAS supaya bersabar dan bertenang.

Malah, katanya, Presiden PAS terlebih dahulu menziarahi Kedutaan Perancis menyatakan dukacita dan takziah ke atas serangan pengganas di Paris, Perancis baru-baru ini.

“Parti Mat Sabu hanya tiba selepas itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon