jobs from my.neuvoo.com

01 Disember, 2015

Pasangan terlampau dicekup orang awam

SUSPEK yang ditahan penduduk, semalam.
Subang Jaya: Seorang gadis berusia 19 tahun disifatkan ganas apabila melakukan rompakan bersenjatakan parang bersama kekasihnya.

Suspek dikesan menyasarkan sebuah kedai serbaneka 24 jam di jalan USJ4/9G,di sini, jam 12.30 tengah malam Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Lee Swee Meng berkata, suspek bersama teman lelaki berusia 38 tahun tahun menggunakan parang menakutkan pekerja premis itu.

“Namun, perbuatan suspek disedari orang awam di lokasi kejadian sebelum mencabut kunci motosikal tinggalkan suspek pada kenderaan dinaiki mereka.

“Tindakan itu mengakibatkan dua penjenayah terbabit gagal melarikan diri selepas menyamun beberapa kotak rokok dan wang tunai,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah cuba melarikan diri, namun gadis terbabit ditahan polis berhampiran kedai serbaneka itu.

“Suspek lelaki melarikan diri ke arah kawasan perumahan berhampiran dan gagal dikesan.

“Bagaimanapun jam 8 pagi kelmarin, polis menerima panggilan penduduk kawasan terbabit yang berjaya menangkap seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes samun kedai serbaneka.

“Sepasukan polis kemudian ke kawasan terbabit untuk memeriksa lelaki itu. Dia yang disoal siasat polis mengaku terbabit dalam kejadian samun di kedai serbaneka di USJ4/9G,” katanya.

Menurutnya, suspek ditemui sedang tidur di sofa di belakang rumah oleh sekumpulan penduduk melakukan gotong-royong membersihkan kawasan itu.

Menurut Swee Meng, kedua-dua suspek kini ditahan di Balai Polis USJ8 di sini, untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96959#sthash.o55ukyaK.dpuf


EmoticonEmoticon