jobs from my.neuvoo.com

18 Disember, 2015

Perpaduan: Tidak perlu selongkar kisah silam Umno, Pas

KUALA LUMPUR - Umno dan Pas tidak perlu membongkar dan menyelongkar perkara-perkara silam yang tidak membawa keuntungan kepada Islam dan umatnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana realitinya Umno dan Pas ada kekuatan serta kelemahan tersendiri.

"Kenapa harus bangkitkan kelemahan dan kesalahan lampau dalam kita nak lihat kepada soal kepentingan umat Islam dan negara.

"Kita bersatu kerana Islam dan umat Islam. Ia dituntut ALLAH dan diperlukan untuk kemaslahatan masyarakat," katanya ketika merasmikan majlis penutup Multaqa Serantau Alumni Al- Azhar Malaysia 2015: Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi, hari ini.

Menurutnya, apabila bercakap mengenai soal perpaduan, prinsip utama adalah permuafakatan.

"Permuafakatan dalam konteks ini adalah, kita harus berlaku jujur dan ikhlas serta tidak perlu bicarakan kelemahan tetapi bercakap mengenai kekuatan masing-masing," katanya.

Ditanya adakah beliau yakin bahawa penyatuan Umno dengan Pas akan berjaya, Asyraf berkata, kita harus bersangka baik kepada ALLAH kerana ALLAH telah meletakkan asas itu dalam al-Quran dan ini ujian besar kepada umat Islam.

"Kalau kita berjiwa besar, kita perlu ikut cara seperti mana ditunjukkan oleh dua pemimpin umat Islam semalam( kelmarin) iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya kira terjemahan berjiwa besar yang diterjemahkan oleh pemimpin perlu juga diambil pengajaran oleh pengikut di bawah ini," katanya.

Dalam ucapan perasmian penutup, Asyraf berkata program berkenaan dianggap berjaya kerana menerima kritikan dan tohmahan daripada pihak yang tidak senang dengan perpaduan umat Islam.

"Ada yang kritik pemimpin Pas kerana hadirkan diri bersama-sama perdana menteri dalam satu majlis dan melontarkan pelbagai dakwaan.

"Saya kira berjayalah program ini apabila mendapat kritikan daripada pihak yang tidak dapat menerima hakikat apabila melihat umat Islam membicarakan perkara-perkara asas yang merujuk kepada kepimpinan umat Islam dan kepimpinan agama," katanya


EmoticonEmoticon