jobs from my.neuvoo.com

24 Disember, 2015

Remaja 14 tahun dinoda 'Mat Pakistan' di Kuala T'ganu

KUALA TERENGGANU- Seorang pekerja kedai perabot berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan selepas mengaku salah merogol rakan sekerjanya, ketika dihadapkan di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Zahid Rahman, yang merupakan warga Pakistan mengaku salah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 14 tahun di sebuah kedai perabot di Kampung Gong Datuk, di sini, pada 18 Disember lalu, lebih kurang jam 10.30 pagi.

Dia mengaku salah melakukan jenayah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pengakuan salah dibuat di hadapan Hakim Azhar Othman dan kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Hafizah Mohd Sokran.

Bagaimanapun, Azhar menetapkan 10 Januari depan sebagai tarikh jatuh hukum dan sebarang jaminan tidak ditawarkan.

Sebelum ini, Zahid ditahan selepas dipercayai bukan sahaja bertindak merogol mangsa, malah turut bersikap biadab apabila menyerahkan wang RM100 kepada mangsa selepas merogolnya.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang juga bekerja di tempat sama dihampiri suspek sebelum bertindak memegang badan serta membuka pakaian mangsa secara paksa lalu merogol mangsa.


EmoticonEmoticon