jobs from my.neuvoo.com

23 Disember, 2015

Rogol, liwat, pegawai polis di Kota Kinabalu dipenjara 100 tahun

TERTUDUH ketika hadir di mahkamah.
Kota Kinabalu: Seorang pegawai kanan polis dijatuhkan hukuman penjara 100 tahun dan 15 sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan rogol dan liwat gadis berusia 13 tahun.

Tertuduh, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani, 56, didakwa dengan empat pertuduhan rogol dan satu tuduhan liwat yang dilakukan di hotel, di sini, pada 2012.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad kemudian menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan.

Terdahulu dalam penghakimannya, Ainul berkata, sebagai pegawai polis, tertuduh sepatutnya melindungi masyarakat daripada sebarang salah laku dan tidak seharusnya terbabit dalam jenayah.

Namun, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Tertuduh pernah memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada 2006 hingga 2010.


EmoticonEmoticon