jobs from my.neuvoo.com

23 Disember, 2015

Seks di dapur bawah sinki

PONTIAN - Sebuah keluarga di Kampung Parit Dato Onn di sini, terselamat daripada bahaya apabila kehadiran dua ular tedung yang sedang mengawan di bawah sinki dapur rumah disedari kucing peliharaan mereka.

Salah seorang ahli keluarga yang hanya mahu dikenali Lela berkata, ketika kejadian, dia mahu menyiapkan sarapan pagi sebelum kucingnya menghampiri haiwan berbisa itu.

Dia terkejut sebaik melihat kucing itu diterjah dua reptilia berkenaan.


Menurutnya, seorang ahli keluarga terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah untuk meminta bantuan.

Sementara itu, Pegawai JPAM daerah, Mohd Hairol Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan dua tedung itu, kira-kira jam 7.29 pagi dan mengarahkan empat anggotanya ke lokasi untuk menangkap reptilia tersebut.

Ketika dihampiri, dua ular seberat dua kilogram dengan panjang hampir satu meter itu sedang mengawan dengan berbelit antara satu sama lain.

“Ular itu bertindak agresif dan kedua-duanya masih berbelit ketika ditangkap dalam tempoh kira-kira 10 minit,” katanya.

Beliau berkata, reptilia tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.


EmoticonEmoticon