jobs from my.neuvoo.com

31 Disember, 2015

Skirt paras lutut dah naik pangkal peha lepas balik umrah!

Sekadar foto hiasan
It’s that month of the year again. Bila timeline di Instagram dan Facebook mula dipenuhi dengan gambar-gambar selfie ketika membuat Umrah di Tanah Suci.

Macam-macam aksi dengan pelbagai macam status yang berbunyi keinsafan. Foto dimuat naik back to back. Ada kalanya Datin X seperti mahu bertanyakan kembali pada tuan empunya diri… awak tu pergi beribadat atau bercuti?

Dari serabutkan kepala nak filter gambar satu persatu dan nak memikirkan apa caption nak ditulis, apa kata fokuskan minda 100 peratus mencari redhaNya? Tidakkah itu lebih baik? Bila beribadat, hati kena tenang.

Telefon simpankan saja di bilik hotel. Tidaklah mengganggu konsentrasi. Lagi pun, jikalau mahu menitipkan doa, tadah tangan dan mintalah apa saja. Warga netizen tidak mampu membantu anda jika doa ditulis sebagai status!

BUANG IBU SEBAIK PULANG DARI UMRAH

Shasha gelarkan dirinya jetsetter. Pantang ada kelapangan, dia akan menempah tiket penerbangan untuk pergi holiday. Walau sekadar hujung minggu, dia tetap akan getaway ke mana-mana pantai percutian di serata Malaysia.

Sudahlah begitu, dia suka benar sunbathing dengan berbikini. Langsung tak segan berkongsi gambar, tapi mungkin itulah trend orang hari ini. Satu hari, tak semena-mena Shasha announce yang dia akan pergi menunaikan Umrah dalam beberapa bulan lagi.

Tapi Datin X tengok gaya penampilan serta cara percakapan serta sikapnya, masih lagi seperti dulu. Tidak perlulah Datin X huraikan bagaimana. Tapi selalunya kalau orang nak ke Mekah, diri sendiri kena awal-awal betulkan dirinya terlebih dulu.

Hati Datin X berkata, Shasha belum lagi bersedia untuk ke sana atau pun dia sendiri tak sedar akan apa erti sebenarnya untuk berkunjung ke rumah Allah.

Ya, walau pun Shasha lebih dari mampu untuk ke Tanah Suci bila-bila masa dia mahu, namun ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke sana. Seperti yang dijangka, macam-macamlah aksinya bergambar telah dimuat turun untuk semua lihat.

Selfie dengan aneka macam kaca mata hitam dan gaya jubah serta hijab seribu lilitan ala hijabista yang menyakitkan mata. Habis segala barang shopping diambil gambar bersama foto tempat-tempat menarik siap penerangan mengenai sejarahnya. Tak ubah seperti pergi bercuti. Bezanya cuma dia berhijab sahaja!

Lalu sepulangannya ke tanah air, kami ingat Shasha akan berubah. Jangkaan Datin X meleset sama sekali. Selalunya yang ligat akan slow down, yang azalinya seksi pasti beransur kepada sesuatu yang lebih sopan.

Tapi berbeza sekali dengan Shasha. Dia bertambah-tambah galak nampak gayanya. Skirt dari paras lutut, sekarang sudah naik ke pangkal paha. Umur pula bukannya muda lagi! Sudahlah begitu, kepulangannya dengan tidak semena mencetus perbalahan keluarga akibat perebutan harta. Tiada siapa berani bertanya bagaimana dan mengapa.

Apa yang pasti, Shasha tidak boleh lagi bersemuka dengan ibunya. Dengar cerita, dia sudah berpindah keluar dari kediaman sendiri dan meninggalkan kedua ibu bapanya bersama seorang pembantu rumah.

Shasha bakal berpindah masuk ke kediamannya yang satu lagi di mana selama ini telah disewakan kepada orang. Kalau ada sesiapa yang mengungkit mengenai perkara ini, habis dicacinya ibu sendiri. Orang yang tak berapa alim pun akan naik hairan… macam mana balik saja dari Mekah, boleh terus buang ibu?

Datin X sendiri tidak tahu nak react macam mana bila Shasha singgah ke rumah bagi menghadiahkan sebotol air zam zam.

Terima kasih banyak-banyak tapi Datin X tak lalu nak melihat wajah seorang anak derhaka. Walau macam mana pun ibu dikatakan bersalah, dia tetap wanita yang mengandungkan mu selama sembilan bulan!

Datin X


EmoticonEmoticon