jobs from my.neuvoo.com

03 Disember, 2015

(Video) Azwan Ali Mengamuk, Buang Stiker Rendang Pemberian Pak Nil

DIVA kontroversi, Azwan Haji Ali, sekali lagi dilihat mengamuk di akaun instagramnya semalam, ekoran beliau dikatakan tidak mampu membeli stiker rendang.

Stiker rendang itu diberikan oleh Aznil Nawawi kepada Diva AA yang dikatakan untuk tujuan promosi dan branding.

Aznil juga pernah memuji keenakkan rendang yang disediakan oleh Azwan Ali itu.

Mungkin ada individu yang tidak berpuas hati dia atas persahabatan mereka yang semakin pulih, sehingga ada yang memberikan komen bahawa Azwan Ali tidak mampu membeli stiker rendang.

Lantaran perkara itu, Azwan Ali telah mengamuk sambil merakan video berkenaan perkara itu di instagram.

“Aku tak mintak pun, tapi kau yang sibuk nak bagi sticker ni! Haa, datang peminat fanatik hanjing kau, hina aku, stiker rendang pun tak mampu nak beli! Haa, nah, ni!”

Itu adalah kata-kata kontroversi yang dikeluarkan oleh Azwan sambil menolak masuk pelekat tersebut ke dalam tong sampah.

Seperti biasa tindakan Azwan Ali sering mengguris hati ramai pihak. Tetapi buat masa ini, Aznil dan Azwan masing-masing masih belum memberikan apa-apa komen tentang perkara ini.

-MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon