jobs from my.neuvoo.com

13 Disember, 2015

(Video) Tahanan Lolos : OKT Berjaya Diberkas Semula Di Batu Caves

KUALA LUMPUR: Seorang OKT (orang kena tahan) yang berusia 34 tahun berjaya diberkas semula pihak polis selepas melarikan diri sejak 7 Disember lalu ketika dibawa ke Paya Jaras, Sungai Buloh dalam usaha untuk mengesan seorang rakannya (penjenayah).

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata OKT berkenaan ditahan pada jam kira-kira pukul 1 pagi tadi, ketika bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Seri Gombak Indah Batu Caves, Selangor.

“Dua individu yang membantu OKT melarikan diri turut ditahan dalam operasi semalam yang bermula 10 malam dan berakhir pada 5.30 pagi tadi di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa kelengkapan yang digunakan OKT ketika melarikan diri termasuk dua motosikal, lima telefon bimbit dan pakaian.

Pada 7 Disember, seorang OKT yang masih dalam keadaan bergari dan berbaju lokap berwarna jingga melarikan diri ketika berada di bawah tahanan polis daerah Klang Utara dalam satu rancangan serbuan di Paya Jaras.

Kejadian pada jam kira-kira 8 malam itu berlaku apabila tahanan bersama empat anggota dan seorang pegawai polis dari Balai Polis Klang Utara dibawa ke Paya Jaras untuk mengesan rakannya.
Tahanan itu dipercayai terlibat dengan lebih 20 kes ragut dan samun sekitar Klang Utara, Sungai Buloh dan Damansara.

Tahanan lolos berjaya ditangkap semula
Dapat juga kau akhirnya....
Posted by Pilihan Anda by Desperado on Saturday, 12 December 2015



EmoticonEmoticon