jobs from my.neuvoo.com

05 Januari, 2016

13 ditahan telanjang bulat di Perai

Butterworth: Tiga belas lelaki termasuk tujuh tukang urut warga Vietnam dan enam pelanggan warga tempatan ditahan dalam keadaan berbogel oleh Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) di pusat urut di Perai Jaya, petang semalam.

Penolong Pengarah JIPP Abdul Rahman Hassan berkata, pihaknya menyerbu premis berkenaan pada 4.25 petang semalam dan menahan tujuh lelaki warga asing berusia 20 hingga 33 tahun.

"Ketika serbuan terdapat pekerja dan enam pelangan lelaki di pusat urut berkenaan.

"Pemeriksaan di premis itu mendapati tujuh lelaki Vietnam sedang melayan pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan. Ketika serbuan semua mereka dalam keadaan bogel," katanya di sini hari ini.

Katanya, semua tujuh lelaki Vietnam itu ditahan kerana didapati melanggar syarat pas lawatan sosial dan bekerja tanpa permit sementara enam lelaki tempatan berusia 30 hingga 50 tahun diambil keterangan bagi membantu siasatan.


EmoticonEmoticon