jobs from my.neuvoo.com

19 Januari, 2016

Air Minuman Dibaca Ayat Al-Quran Bakal Dilarang Penjualannya

Air minuman yang didakwa dibacakan ayat-ayat al-Quran akan dilarang dijual tidak lama lagi.

Pelaksanaan larangan ini bakal dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) namun tarikh larangan tersebut masih belum ditetapkan.

Menurut Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Muip memandang serius kegiatan menjual air minuman menggunakan al-Quran yang bertujuan melariskan jualan.

“Mereka menggunakan agama untuk melariskan produk seperti menyembuhkan pelbagai jenis penyakit selain dikatakan dapat menerangkan hati kanak-kanak dan pelajar.

“Arahan larangan menjual itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi


“Sudah tiba masanya Muip bertindak tegas bagi memastikan umat Islam tidak mudah tertipu oleh pihak yang mengambil kesempatan menggunakan agama semata-mata untuk melariskan perniagaan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Wan Abdul, aktiviti air minuman ini juga dikhuatiri merupakan satu kaedah penipuan khusus kepada umat Islam yang terlalu taksub dan mempercayainya terutama apabila disertakan dengan ayat al-Quran.

Selain air minuman, Muip turut memantau beberapa produk lain yang didakwa menggunakan cara serupa seperti kismis.

Difahamkan, satu jawatankuasa telah ditubuhkan membabitkan beberapa agensi termasuk Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk melakukan pemeriksaan di semua premis sebaik sahaja larangan dilaksanakan


EmoticonEmoticon