jobs from my.neuvoo.com

21 Januari, 2016

Bapa ajak pelajar tingkatan tiga lakukan seks dalam pusat karaoke

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengajak seorang pelajar tingkatan tiga melakukan hubungan seks, empat hari lalu.

Nur Mohd Solehin Rusli, 29, seorang juruteknik, didakwa mengajak remaja perempuan berusia 15 tahun melakukan hubungan seks dengan cuba memberikan wang RM100 yang mana telah mengganggu kesantunan mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pusat karaoke Just K Brem Mall Jalan Kepong, Sentul, di sini pada pukul 5 petang, 18 Januari lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal menawarkan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan dia tidak berkemampuan dan perlu menyara isteri, seorang anak berusia tiga bulan dan ibu bapa yang sudah tua.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes. –Bernama


EmoticonEmoticon