jobs from my.neuvoo.com

03 Januari, 2016

Bincang hal perniagaan, wifi laju bukan nak berzina 'threesome'


Individu yang ditahan memberi alasan menjalankan perniagaan atas talian namun gagal memperdayakan penguat kuasa Jaij./td>
JOHOR BAHRU - Tersentak dengan kehadiran Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita mendakwa hanya menjalankan perniagaan apabila mereka dicekup dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet sekitar Johor Jaya, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan berkenaan, Jaij mengambil masa hampir setengah jam bagi menahan semua mereka yang tidak mahu memberi kerjasama dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah bagi meloloskan diri.

Seorang daripada individu ditahan berkata, mereka sedang menjalankan perniagaan membaiki dan menjual peralatan elektronik serta gajet atas talian dengan menawarkan perkhidmatan di hotel berkenaan sejak seminggu lalu.

Dakwanya, mereka memilih hotel terbabit kerana rangkaian WiFi di situ laju dan memuaskan berbanding kawasan lain.

Namun, keadaan mereka yang mencurigakan menyebabkan mereka ditahan bagi membantu siasatan.

Suasana makin rumit apabila mereka tidak mahu meninggalkan bilik dan tidak memberi kerjasama.

Mereka turut meminta waran dan bertindak meninggikan suara ke atas anggota sedang melakukan siasatan dan penahan dibuat selepas hampir setengah jam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kamari berkata, seramai 12 lagi individu dicekup sempena Ops Ambang yang disertai 16 anggota di beberapa hotel bajet di kawasan itu.

Menurutnya, semua ditahan terdiri daripada tujuh wanita dan lapan lelaki berusia lingkungan 20 hingga 67 tahun.

“Kami mendapati semua ditahan menggunakan modus operandi sama iaitu berkhalwat di hotel bajet kerana harga lebih murah malah menyediakan perkhidmatan mengikut jam.

“Hotel dipilih untuk serbuan telah disiasat sejak beberapa bulan lalu dan mengikut laporan orang awam,” katanya pada sidang media selepas operasi di Pusat Islam Iskandar, semalam.

Beliau berkata, semua ditahan akan disiasat dan akan dikenakan hukuman denda jika disabitkan bersalah.

Mohd Zamri berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut menahan beberapa warga asing antaranya dari Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 enakmen Syariah 1957 atas kesalahan khalwat,” katanya.

1 comments so far

hotel bajet memang kera serbu, lain kali pergi la hotel ada bintang.


EmoticonEmoticon