jobs from my.neuvoo.com

09 Januari, 2016

DAP: PAS guna taktik Umno dalam dakwaan isu Israel

PAS menggunakan taktik Umno untuk menyerang DAP, terutamanya dalam dakwaan terbaru bahawa parti itu ditawarkan oleh Israel sebanyak AS$ 300 juta (RM1.2 bilion) pada pilihan raya umum lalu untuk membina sebuah pangkalan udara di Port Dickson sekiranya menawan Putrajaya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dengan mengatakan ia pembohongan berniat jahat dan fitnah.

Beliau berkata, bekas pegawainya Razali Abdul Rahman, yang membuat tuduhan seperti didakwa Pengarah Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki, tidak pernah bekerja di bawahnya atau diberi apa-apa tugas yang penting.

"Mengapa kami diserang walaupun kami tidak pernah bertemu dengan Israel?" soal Lim.

"Ada pemimpin yang telah bertemu dan berjabat tangan dengan Israel, mengapa ia tak jadi masalah?" soalnya.

Lim berkata serangan PAS berbau "dwi standard dan kemunafikan" dan disasarkan untuk melemahkan imej DAP di kalangan orang Melayu Islam.

Beliau berkata serangan seperti itu juga mencipta kebencian terhadap pemimpin bukan Muslin.

"Mengapa mereka tidak pernah mengkritik seseorang yang mendapat RM2.6 bilion?" soalnya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib mengakui menerima wang dalam akaun bank peribadinya tetapi menafikan menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

Lim menggesa PAS menunjukkan bukti bahawa DAP ditawarkan RM1.2 bilion untuk menyokong dakwaannya atau berdepan tindakan undang-undang.

“Saya telah arahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membuat tuduhan fitnah seperti itu,” .

“Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang menyiarkan pembohongan itu,” katanya.


EmoticonEmoticon