jobs from my.neuvoo.com

23 Januari, 2016

Dirogol, diliwat pegawai kanan polis

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 100 tahun dan 15 kali sebatan terhadap seorang pegawai kanan polis bagi lima pertuduhan merogol dan meliwat seorang remaja perempuan, tiga tahun lalu.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad mendapati DSP Rohaizat Abd Ani, 56 bersalah atas empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan meliwat remaja berumur 13 tahun antara Februari dan Mei 2012.

Hakim memerintahkan hukuman 20 tahun penjara masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua dijalankan secara serentak, manakala tiga pertuduhan lagi, masing-masing 20 tahun penjara dijalankan secara berturut-turut.

Rohaizat didapati bersalah merogol remaja itu pada empat waktu berasingan iaitu pada 1 Feb 2012 antara pukul 4.30 petang dan pukul 5.30 petang di bilik Hotel Tang Dynasty; antara pukul 12.30 petang dan pukul 1.30 petang pada 2 Feb 2012 di bilik lain di hotel yang sama; dan pada 1 dan 6 Mei 2012 pukul 8 pagi di sebuah bilik hotel sama; pada pukul 3 pagi antara 1 dan 6 Mei 2012 di sebuah bilik hotel yang sama.

Dia juga bersalah kerana meliwat remaja itu antara pukul 4.30 petang dan pukul 5.30 petang pada 1 Feb 2012 di sebuah bilik hotel yang sama.

Hakim turut membenarkan hukuman digantung bagi membolehkan Rohaizat membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan jaminan RM100,000 dengan satu penjamin tempatan.

Mahkamah juga memerintahkan Rohaizat supaya menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri di Bukit Aman dua kali setiap bulan iaitu pada tarikh 1 dan 15 hari bulan.
Rohaizat pernah bertugas sebagai ketua polis Setiu dan timbalan ketua Pasukan Simpanan Persekutuan di Pulau Pinang ketika dia mula dituduh pada Ogos 2013.

- Astro Awani


EmoticonEmoticon