20 Januari, 2016

Fasha, Jejai sah bercerai talak satu

KUALA LUMPUR: Pelakon Fasha Sandha, sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi. Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, tiba di mahkamah pada jam 2.15 petang, sambil ditemani peguam serta beberapa rakan. Fasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.


EmoticonEmoticon