jobs from my.neuvoo.com

29 Januari, 2016

Gambar aib Uqasha tersebar, 'biar Allah yg hukum' kata Iqram Dinzly

Pelakon Iqram Dinzly menganggap gambar percutiannya bersama Uqasha Senrose yang turut menyaksikan aktres itu membuka tudung adalah satu ujian besar dalam dirinya. Iqram enggan memberi sebarang komen tentang perkara itu dan meminta individu yang mendedahkan foto dan maklumat berhubung percutian itu bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.

Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama. Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain. Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga.

Iqram juga berharap perkara tersebut tidak terus diperbesarkan kerana ia merupakan hak dan privasi buat dirinya.

“Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan.

Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin.”

Apa-apa pun diharapkan agar yang lain tidak terus menghukum mereka berdua. Yela, mana ada manusia yang tak pernah buat salahkan? Kepada Iqram dan Uqasha pula diharapkan supaya belajar dari kesilapan ye.

- See more at: http://www.suriafm.com.my/hiburan/gosip-selebriti-tempatan/biarlah-allah-hukum-iqram-komen-foto-uqasha-buka-tudung-berpakaian-seksi/#sthash.q0bGzDlj.dpuf


EmoticonEmoticon