jobs from my.neuvoo.com

28 Januari, 2016

Guru Cemerlang Wanita Rancang Bunuh Perdana Menteri

Selepas seorang wanita yang merupakan isteri kedua pegawai kanan SPRM didedahkan oleh Netizen menggelupur dan terpaksa berhelah kononnya akaun Facebooknya telah digodam dan digunakan oleh pihak lain menyiarkan pelbagai fitnah dan hasutan, sekali lagi warga Netizen mendedahkan tentang perilaku seorang guru wanita yang mengungkapkan kata-kata subversif berorientasikan jenayah.

Guru wanita berkenaan yang dikatakan pernah menerima anugerah Guru Cemerlang dan dikatakan masih bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Guru berkenaan berasal dari Kelantan, berdaftar sebagai seorang pengundi di lokaliti Padang Kala, DUN Melor dan Parlimen Ketereh.

Dalam postingnya yang amat menarik perhatian di Facebook, guru wanita yang berusia 36 tahun itu menyiarkan sekeping gambar kenderaan yang dinaiki oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja keluar dari pekarangan Istana Negara dan digiring oleh beberapa orang anggota polis trafik.

Katanya, “Huk aloh dia ni… nk kalah kt semua negeri kot…naik DAP esok mula2 skali bom jer dia ni ya… kalau naik PAS potong kaki tangan pastu hukum bunuh jer..mmg hukuman kt dunia lag itulah yang selayaknya.”

Kenyataannya itu mendapat kecaman daripada warga Netizen yang menyifatkan wanita itu tersangat biadap dan sengaja mengundang natijah tindakan undang-undang ke atasnya. Malah ada yang beranggapan, wanita tersebut sedang mencabar undang-undang terutama yang berkaitan dengan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada ketika prestasi kakitangan awam sedang dipersoalkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia ekoran banyak kebocoran, kegagalan perlaksanaan serta unsur-unsur sabotaj terhadap Kerajaan Malaysia serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya, tindakan guru tersebut sekali lagi membangkitkan persoalan yang sangat besar tentang penguatkuasaan di kalangan kakitangan awam yang nampaknya gagal memberikan fokus kepada tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya mereka galas, berbanding membuang masa dengan benda-benda yang tidak ada kaitan dengan bidang tugas mereka.
Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah menjanjikan satu siasatan menyeluruh akan dibuat ke atas guru tersebut termasuklah kenyataannya di Facebook.

Setakat ini, tidak banyak tindakan tatatertib dan disiplin yang diambil oleh kerajaan ke atas kakitangan mereka. Malah lebih banyak alasan-alasan bodoh yang diberikan untuk melindungi kakitangan awam yang telah menjadi parasit kepada masyarakat.

Harap-harap, guru berkenaan tidak pula menggunakan alasan popular dan standard yang akaun Facebooknya telah digodam dan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu seperti dalam kebanyakan kes-kes lain.


EmoticonEmoticon