jobs from my.neuvoo.com

23 Januari, 2016

Hadi Awang manusia dangkal kata DAP

KUALA LUMPUR – DAP menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai manusia mengarut dan dangkal apabila dedah DAP sokong Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana ekonomi dikuasai kaum Cina.

Ahli Parlimen Segambut DAP, Lim Lip Eng berkata, dakwaan ulama PAS tersebut tidak berasas, malah tidak mencerminkan ketokohan dan keilmuan dimiliki Presiden PAS itu sebagai pemimpin sebuah parti politik.

“Kita kesal bagaimana dengan sekelip mata Tuan Guru Haji Abdul Hadi sekelip mata boleh berubah lenggok bahasanya dengan berfikir di dalam konteks politik perkauman sempit mengenai isu TPPA.

“Ia adalah berbeza dengan aspirasi partinya yang beberapa tahun lalu giat menghindar diri daripada politik perkauman sempit dan mengadu domba,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lip Eng menegaskan, seramai 37 Ahli Parlimen DAP akan mengundi di Dewan Rakyat menolak TPPA dan beliau dengan angkuh meminta Abdul Hadi untuk tampil menyaksikan sendiri perkara itu di Parlimen.

Abdul Hadi dalam ucapan menerusi video Facebook rasmi PAS pada Jumaat mendakwa DAP secara rahsia menyokong TTPA kerana ia memberi banyak kelebihan dari segi ekonomi yang dikuasai kaum Cina sendiri.

Bagaimanapun lain pula halnya apabila Parti Sosialis Malaysia (PSM) semalam turut mendedahkan sikap hipokrit atau kemunafikan sebenar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pandai ‘berlakon’ dalam isu TPPA.

Setiausaha Agungnya, Sivarajan dipetik berkata, PKR dan DAP paling kuat menentang TPPA di dalam negara tetapi enggan pula menyertai protes besar-besaran yang bakal mendapat perhatian masyarakat dunia.

Beliau mendedahkan PKR dan DAP sebenarnya enggan menyertai perhimpunan itu kerana khuatir akan menyinggung perasaan pihak tertentu berkepentingan di Amerika Syarikat. – Mynewshub.cc


EmoticonEmoticon