jobs from my.neuvoo.com

20 Januari, 2016

Hanya berseluar dalam, 'Nak tayang bola ke nak timbang bola?'

Aksi timbang bola yang dilakukan oleh pelakon Arja Lee dianggap lucah sekaligus mendapat kritikan pedas oleh rata-rata pengikut di laman sosial Instagram miliknya.

Beberapa jam lalu, sebuah video menunjukkan Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli memakai baju-t dan seluar dalam (boxer), menimbang bola dengan cuba menyerupai gaya seperti bintang bola sepak terkenal dunia, Christiano Ronaldo.

Lebih menarik, video yang menjadi viral di laman sosial itu bukan sahaja memaparkan aksi “mahir” Arja menimbang bola, malah jelas turut memperlihatkan bentuk bahagian sulit pelakon tersebut yang disifatkan oleh segelintir pengikutnya sebagai "tidak senonoh”.
Pada video tersebut turut disertakan kapysen yang menyatakan aksi tersebut hanya sekadar ‘suka-suka'.

"Cristiano Ronaldo play football at home #Arjalee #Arjasplayfootball. Just for fun.”

Video tersebut mendapat reaksi pelbagai tak kurang komen-komen sarkastik daripada pengguna laman sosial yang menyifatkan pelakon itu sengaja mencari publisiti murahan dan mencetuskan kontroversi.

Pun begitu, ada kalangan pengikutnya yang menyokong dan meminta agar pihak lain berfikiran terbuka.
Bagaimanapun, ada komen daripada beberapa pengikut menyatakan telefon pelakon tersebut hilang dan ada pihak yang tak bertanggungjawab memuat naik video tersebut di laman Instagram pelakon tersebut.



EmoticonEmoticon