jobs from my.neuvoo.com

22 Januari, 2016

Hujan batu landa Shah Alam

Ketulan hujan batu sebesar syiling 20 sen yang berlalu di Shah Alam petang ini.
Shah Alam: Hujan batu kira-kira 15 minit yang melanda kawasan sekitar Seksyen 13, TTDI Jaya dan Bukit Jelutong dekat sini, menggemparkan orang ramai sebentar tadi.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila ada pemilik kenderaan memberhentikan kereta berteduh di bawah jejantas.

Selain itu ada pemilik kenderaan mengalihkan kereta bimbangkan cermin kenderaan pecah dan ada yang mengambil kesempatan merakam gambar serta mengutip ketulan ais itu.

Omar Musa, 41, berkata dia terkejut terdengar bunyi kuat dan pelik di bumbung bangunan pejabatnya di Bukit Jelutong.

"Saya sangka bumbung tercabut berikutan angin kuat namun apabila rakan buka tingkap, saya dapati ketulan ais bertaburan di tanah.

"Bagaimanapun keadaan itu berlaku hanya selama kira-kira 15 minit," katanya yang pertama kali melalui pengalaman itu.


EmoticonEmoticon